Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger


~Selamat datang ke laman kami~

Friday, March 19, 2010

Mengenali Saidatina Khadijah Binti Khuwailid

Saidatina Khadijah ialah isteri pertama Rasulullah SAW. Beliau merupakan tokoh wanita pertama yang memeluk Islam. Beliau bernama Khadijah Binti Khuwailid Bin Asad Bin Abdul Uzza Bin Qusai Al-Quraisiyah. Salasilahnya bertemu dengan salasilah Rasulullah SAW pada datuk mereka yang bernama Qusai. Ibunya bernama Fatimah Binti Zaidah Bin Al-Asham.

Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum Hijrah bersamaan dengan tahun 556 Masihi. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga mulia, terdidik dengan akhlak yang luhur sehingga digelar Al-Sayyidah Al-Tahirah yang bermaksud 'Wanita Suci'.

Beliau mempunyai pemikiran cerdas, pemurah, teguh pendirian, penyabar, berpandangan jauh dan dapat memahami dengan cermat akibat yang akan berlaku hasil daripada sesuatu kejadian. Seorang janda kaya yang aktif dalam perniagaan. Beliau pernah melantik Baginda Rasulullah SAW untuk mengurus perniagaannya ke Syam kerana kejujuran Baginda yang digelar 'Al-Amin'. Saidatina Khadijah telah mendirikan rumah tangga dengan Rasulullah SAW dan dikurniakan 6 orang anak yang bernama Zainab, Rokiah, Ummi Kalsum, Fatimah Az-Zahra, Qasim dan Abdullah.

Saidatina Khadijah telah membuat sumbangan dan pengorbanan yang besar untuk membantu Rasulullah SAW dalam usaha menyebarkan dakwah dari segi harta, nyawa dan buah fikiran. Sangat setia kepada suami dan beriman kepada Allah. Beliau sentiasa memberi perangsang dan menenangkan Rasulullah SAW seperti ketika baginda Rasulullah pulang dari Gua Hira' dengan gementar dan ketakutan semasa menerima wahyu Allah yang pertama.

Saidatina Khadijah meninggal dunia di Kota Mekah pada tahun 620 Masihi, 3 tahun sebelum Hijrah semasa berusia 65 tahun.

0 comments: