Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

~Selamat datang ke laman kami~

Tuesday, April 27, 2010

TAHNIAH MR KAMAL...TAHNIAH PENGUNDI HULU SELANGOR...TAHNIAH JENTERA BN

Masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam PRK Hulu Selangor. Ucapkan syukur kita kepada Allah SWT kerana kemenangan ini adalah kemenangan semua yang cintakan keamanan dan bencikan kerosakan.

Walau dengan majoriti 1725 namun BN tetap menang. Pedulikan mereka yang tidak mahu menerima hakikat dan 'mungkin' tidak beriman dengan Rukun Iman ke-6 'Beriman kepada Qada' & Qadar'. Insafilah setiap detik kemenangan dengan keazaman untuk membela nasib rakyat, nescaya BN akan terus diyakini mampu merubah negara yang akhirnya kemakmuran dirasai bersama.


Friday, April 2, 2010

Saiyidah Fatimah Az-Zahra

Saiyidah Fatimah Az-Zahra binti Muhammad SAW merupakan puteri keempat dan penerus warisan Rasulullah SAW.

Beliau dilahirkan sebelum ayahandanya menerima wahyu Allah SWT. Beliau turut bersama-sama dalam peristiwa besar yang menggoncangkan Kota Makkah. Peristiwa meletakkan Hajar Aswad yang suci ke tempat asalnya setelah pembaharuan bangunan Kaabah dibuat. Kedua, pada saat beliau dilahirkan itulah baginda Rasulullah SAW diberikan gelaran 'Al-Amin oleh Quraisy.

Semasa kecil beliau sangat disayangi seluruh keluarga dan namanya lebih masyhur daripada kakak-kakaknya. Setelah dewasa, beliau adalah teman kepada ayahandanya. Beliaulah yang mengurus rumah tangga selepas ibunya wafat. Beliau juga penghibur Rasulullah SAW ketika menghadapi ujian menyebarkan Islam.

Setelah berkeluarga, beliau menjaga urusan rumah tangganya kerana seorang isteri perlu menanggung kesulitan hidup dengan sabar.

Setelah Rasulullah SAW menikahi Aisyah, barulah para sahabat melamar Fatimah namun akhirnya pinangan Ali yang diterima Rasulullah SAW. Fatimah dinikahkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Mereka dikurniakan 5 orang zuriat Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Ummu Kalthum.

Rasulullah memberikan gelaran 'Al-Baith' kepada Fatimah dan seluruh keluarganya. Beliau dididik oleh Rasulullah SAW sendiri dan juga suaminya Ali dalam suasana Islam. Hasil didikan itu beliau menjadi orang yang sabar, tabah, kuat berfikir dan pemurah dan seluruh hidupnya hanya mengharap keredhaan Allah SWT.

Sangatlah besar sumbangan Fatimah antaranya pengurus rumah selepas ibunya wafat dan yang paling penting beliau bersama-sama membantu usaha penyebaran agama Islam.

Ketika Rasulullah SAW hampir wafat, baginda membisikkan kata-kata ke telinga Fatimah. Beliau menangis dan ketawa semasa Rasulullah membisikkan kata-kata. Fatimah menangis kerana Rasulullah memberitahunya bahawa malaikat Jibril datang menandakan ajalnya hampir tiba. Fatimah ketawa pula kerana Rasulullah memaklumkan bahawa dia adalah keluarga awal mengikut Rasulullah kembali ke pangkuan Allah.

Enam bulan selepas Rasulullah wafat, Fatimah pula wafat ketika berusia 29 tahun pada Selasa 3 Ramadhan Tahun kesepuluh hijrah.