Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

~Selamat datang ke laman kami~

Friday, May 7, 2010

SELAMAT BERSIDANG

Bermula Mei 2010 sehingga Jun 2010 adalah tempoh persidangan tahunan peringkat cawangan di seluruh negara. Sehubungan itu, diucapkan SELAMAT BERSIDANG kepada semua ahli UMNO di seluruh negara dan teristimewa buat ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat.

Semoga persidangan tahun ini digunakan sebaik-baiknya untuk membincangkan perihal kepentingan umat Melayu dan Agama Islam. Semoga bertemu di Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat yang akan diadakan penghujung Jun 2010 (sebelum Ketua Puterinya bersalin) InsyaAllah.


Tuesday, April 27, 2010

TAHNIAH MR KAMAL...TAHNIAH PENGUNDI HULU SELANGOR...TAHNIAH JENTERA BN

Masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam PRK Hulu Selangor. Ucapkan syukur kita kepada Allah SWT kerana kemenangan ini adalah kemenangan semua yang cintakan keamanan dan bencikan kerosakan.

Walau dengan majoriti 1725 namun BN tetap menang. Pedulikan mereka yang tidak mahu menerima hakikat dan 'mungkin' tidak beriman dengan Rukun Iman ke-6 'Beriman kepada Qada' & Qadar'. Insafilah setiap detik kemenangan dengan keazaman untuk membela nasib rakyat, nescaya BN akan terus diyakini mampu merubah negara yang akhirnya kemakmuran dirasai bersama.


Friday, April 2, 2010

Saiyidah Fatimah Az-Zahra

Saiyidah Fatimah Az-Zahra binti Muhammad SAW merupakan puteri keempat dan penerus warisan Rasulullah SAW.

Beliau dilahirkan sebelum ayahandanya menerima wahyu Allah SWT. Beliau turut bersama-sama dalam peristiwa besar yang menggoncangkan Kota Makkah. Peristiwa meletakkan Hajar Aswad yang suci ke tempat asalnya setelah pembaharuan bangunan Kaabah dibuat. Kedua, pada saat beliau dilahirkan itulah baginda Rasulullah SAW diberikan gelaran 'Al-Amin oleh Quraisy.

Semasa kecil beliau sangat disayangi seluruh keluarga dan namanya lebih masyhur daripada kakak-kakaknya. Setelah dewasa, beliau adalah teman kepada ayahandanya. Beliaulah yang mengurus rumah tangga selepas ibunya wafat. Beliau juga penghibur Rasulullah SAW ketika menghadapi ujian menyebarkan Islam.

Setelah berkeluarga, beliau menjaga urusan rumah tangganya kerana seorang isteri perlu menanggung kesulitan hidup dengan sabar.

Setelah Rasulullah SAW menikahi Aisyah, barulah para sahabat melamar Fatimah namun akhirnya pinangan Ali yang diterima Rasulullah SAW. Fatimah dinikahkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Mereka dikurniakan 5 orang zuriat Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Ummu Kalthum.

Rasulullah memberikan gelaran 'Al-Baith' kepada Fatimah dan seluruh keluarganya. Beliau dididik oleh Rasulullah SAW sendiri dan juga suaminya Ali dalam suasana Islam. Hasil didikan itu beliau menjadi orang yang sabar, tabah, kuat berfikir dan pemurah dan seluruh hidupnya hanya mengharap keredhaan Allah SWT.

Sangatlah besar sumbangan Fatimah antaranya pengurus rumah selepas ibunya wafat dan yang paling penting beliau bersama-sama membantu usaha penyebaran agama Islam.

Ketika Rasulullah SAW hampir wafat, baginda membisikkan kata-kata ke telinga Fatimah. Beliau menangis dan ketawa semasa Rasulullah membisikkan kata-kata. Fatimah menangis kerana Rasulullah memberitahunya bahawa malaikat Jibril datang menandakan ajalnya hampir tiba. Fatimah ketawa pula kerana Rasulullah memaklumkan bahawa dia adalah keluarga awal mengikut Rasulullah kembali ke pangkuan Allah.

Enam bulan selepas Rasulullah wafat, Fatimah pula wafat ketika berusia 29 tahun pada Selasa 3 Ramadhan Tahun kesepuluh hijrah.

Friday, March 19, 2010

Mengenali Saidatina Khadijah Binti Khuwailid

Saidatina Khadijah ialah isteri pertama Rasulullah SAW. Beliau merupakan tokoh wanita pertama yang memeluk Islam. Beliau bernama Khadijah Binti Khuwailid Bin Asad Bin Abdul Uzza Bin Qusai Al-Quraisiyah. Salasilahnya bertemu dengan salasilah Rasulullah SAW pada datuk mereka yang bernama Qusai. Ibunya bernama Fatimah Binti Zaidah Bin Al-Asham.

Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum Hijrah bersamaan dengan tahun 556 Masihi. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga mulia, terdidik dengan akhlak yang luhur sehingga digelar Al-Sayyidah Al-Tahirah yang bermaksud 'Wanita Suci'.

Beliau mempunyai pemikiran cerdas, pemurah, teguh pendirian, penyabar, berpandangan jauh dan dapat memahami dengan cermat akibat yang akan berlaku hasil daripada sesuatu kejadian. Seorang janda kaya yang aktif dalam perniagaan. Beliau pernah melantik Baginda Rasulullah SAW untuk mengurus perniagaannya ke Syam kerana kejujuran Baginda yang digelar 'Al-Amin'. Saidatina Khadijah telah mendirikan rumah tangga dengan Rasulullah SAW dan dikurniakan 6 orang anak yang bernama Zainab, Rokiah, Ummi Kalsum, Fatimah Az-Zahra, Qasim dan Abdullah.

Saidatina Khadijah telah membuat sumbangan dan pengorbanan yang besar untuk membantu Rasulullah SAW dalam usaha menyebarkan dakwah dari segi harta, nyawa dan buah fikiran. Sangat setia kepada suami dan beriman kepada Allah. Beliau sentiasa memberi perangsang dan menenangkan Rasulullah SAW seperti ketika baginda Rasulullah pulang dari Gua Hira' dengan gementar dan ketakutan semasa menerima wahyu Allah yang pertama.

Saidatina Khadijah meninggal dunia di Kota Mekah pada tahun 620 Masihi, 3 tahun sebelum Hijrah semasa berusia 65 tahun.

Sunday, March 14, 2010

Mari Sertai Kami!